Wednesday, March 16, 2011

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar,
risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara
halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar
untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih
kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada
perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan
lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi
tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka
lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul
bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang
masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji
akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta
diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta
menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan
yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi
untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Monday, March 14, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Friday, March 11, 2011

Ada Apa Dengan Warna?!

WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Jom kite mengenali warna dan sifatnya :

Emas
+ve
: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
-ve
: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
+ve
: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
-ve
: Boros berbelanja

Kuning
+ve
: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
-ve
: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan
mudah menyerah.

Merah
+ve
: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
-ve
: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
+ve
: Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
-ve
: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
+ve
: Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
-ve
: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
+ve
: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
-ve
: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak
+ve
: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
-ve
: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
+ve
: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
-ve
: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
+ve
: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
-ve
: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
+ve
: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
-ve
: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
+ve
: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
-ve
: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
+ve
: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
-ve
: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri. Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Tuesday, January 18, 2011

:: New Beginning, New Life, New Love ::


Assalamualaikum..hello you guys..lame betol aku xupdate blog nh..ermm..sem lepas mmg la bz..dgn kwn baek ak kembali ke sisi-NYA.. al-Fatihah tok sahabat aku Mohd Najib Ramli..

well..Season 3 have been started at J.O (Uitm Jalan Othman)..mcm2 delima yg ak hadapi..nk amek subjek bpe byk sume..last2 aku decide drag thesis ke semester depan..insyaallah semester nh ak pulun wt yg terbaik. bia mak ayah ak yg slama nh berkorban tok ak bangga dan rasa berbaloi dgn ape yg diorg korbankn tok aku..semangat wahai ZUL AMY!!!!!!!!!! hahahaa... aja aja fighting!!!


ok part jiwang kejap..haha..thanks to my dearest sbb slalu disamping ak susah senang. ermm..yeah i really2 love her. i want to take care of her for the rest of my life..try to be at her side whenever she need someone..i want to be her shoulder to her cry on..n this i promise u my dear~~

Monday, November 8, 2010

Perginya Seorang Sahabat


In Memories
:: Allahyarham Mohd Najib Bin Ramli ::
(1986-2010)

3 November 2010 perginya seorang sahabatku yg ku kasihi,
aku terase seperti bermimpi yg die telah pergi,
namun ku kuatkn hati ku utk meredhai,
pergi nya seorang sahabat yg susah senangnye bersama,
kdg2 die memendam rasa..

tapi die sentiasa membuat kn kami tersenyum,
walaupun hati nya sedang berduka,
akan dicubanya membahagiakn hati org len tanpa mengira hatinya sendiri,
seorang yang tabah dan sentiasa nmpk ceria..

walaupon aku cbe meredhai pemergiannya,
ttpi kenangan bersamanya xkn ku lupa,
betul juga org kata,
org itu akan diingati jika telah tiada..

tetapi bagiku dan sahabat2 ku yang lain,
kami berusaha utk memulihkan dia,
ttpi nmpk nya Allah lebih menyayanginya,
dia diuji dgn pelbagai dugaan..

dri badan sebesar tempayan,
sehingga menjadi lidi,
xjemu aku tiupkan kata2 semangat utk die pulih,
sehingga kdg kala hendak memarahinya..

2 NOv 2010,
aku sempat bercakap dgn dia,
bertanyakan khabar dan CGPA nya utk penangguhan pelajarannya,
setelah selesai hatiku lega kerana mungkin die dpt penangguhan itu...

11.15 mlm 3 November 2010,
ketika aku sedang mmbuat kerja yg perlu di edit,
aku mendapat panggilan mengatakan kau telah pergi selamanya sahabat,
aku tergamam, terdiam, termenung..

aku call semua kwn2 kita mengatakan kau telah tiada,
semua seperti tidak dpt menerima kenyataan,
aku pasrah dan mula redha kau telah tiada,
aku segara balik ke kg utk melihat kau buat kali terakhir wahai sahabat ku...

kini kau telah berada dirumah barumu,
kini kami merindui gurauan selumbermu, sakatan nakal mu, hilai tawa mu yg mmbuat kami tergelak,
kini tiada lagi BBQ bersama mu seperti masa2 dulu,
kini tiada lagi bermoto ketika malam hari,
kini tiada lagi jurugambar kami semasa raya,
kini tiada lagi ayat2 jiwang dan penuh madah darimu,
sesungguhnya kami sangat merinduimu wahai sahabat!!!

Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman,
dimasukan ke syurga yang dijanjikan-NYa,
dilepaskan azab kubur,
Amin..Amin..Amin.. Yarrabal Alamin..

:: Bakti terakhirku untukmu sahabatku ::

Friday, October 15, 2010

Orang yang tak SEDAR DIRI!!!

assalamualaikum..whats up all nigar!!!hahahaa..well aku nk kongsi cite and kisah paling bangang penah aku alami selama aku melihat dunia yg penuh dgn korupsi nh..<--xde kene mngena pon corruption ngan cite aku nh..

cite aku bermula dgn niat murni nk mendapat pahala dihari Jumaat yg mulia nh..pegi awal semua dh best dh..dgr khutbah pasal DOSA2 orang berzina nh..insaf dihati pabila memikirkan dunia kite nh semakin singkat umurnya dan aku terkenang kn anak2 yg dibuang selepas dilahirkan..kesian diorang xsempat nk merasa nikmat hidup didunia nh..

selesai solat Jumaat, aku pon bergegas la nk ke kete Encik Kentang. dlm perjalanan aku ternmpk la dak part 1 master..aku tegur la cme aku igt2 lpe name die..ttbe dtg sorg pakcik tua nh..

"Assalamualaikum"<--smbil bersalaman ngan aku

"Waalaikumussalam" jawabku..

"Student ke?"tnye pakcik tu

"Haah, student UiTM kt depan tu"kate aku..

"Owh..adik biase SEX tak?"tnye pkcik tu <--dgn mke slumber

Aku geleng kepala tros jalan cepat2..WTF man!! ttbe tnye aku cm tu..dh la pkck tu berbaju melayu lengkap siap songkok aji lagi..SHIT!! ko xsedar diri ke wei..

RUMAH KATE PERGI KUBUR KATE MARI LA WEI!!!

Smpai kt 1 simpang dkt dgn tmpt kete kentang parking ttbe aku rase ade org letak tgn die kt bahu aku..aku dengan otomatik nye nk menyiku jek..aku tgk mke org tua td tu dh tgk aku dgn penoh NAFSU n bibir die dh BERGETAR2 cm menahan..aku nk jek siku tp aku terpndg ade org aku pth lek..die siap cm tunggu aku..aku stay lme sket tgu die dh jauh n aku join ngan ade pkck2 berkerja skali..<--seram kejap wei!! aku msuk kete aku cite kt kentang..upenye lepas die approach aku tu die de approach dak skola..same cm die approach aku..DEMN U OLD MAN!! dh terang2 khutbah ari nh pasal berzina ko boleh plak ttbe nk BERNAFSU!! SHIT!!!!!!!!!

Alhamdulillah ALLAH masih nk pelihara aku dr semua perbuatan keji die..aku bersyukur kehadrat Mu YA ALLAH! skang nh aku tpk kalo la die wt bnde2 tu kt dak2 kecik sekitar kwsn rumah tu..

YA ALLAH! KAU PELIHARALAH KANAK-KANAK ITU YA ALLAH!!

Friday, October 8, 2010

Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW

  • Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.
  • Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.
  • Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
  • Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.
  • Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
  • Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
  • Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
  • Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
  • Berhidung mancung.
  • Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.
  • Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
  • Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
  • Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
  • Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)
  • Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak. Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
  • Kakinya juga besar/agak sasa.
  • Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.
  • Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.


(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )