Thursday, November 12, 2015

Berjimat dengan Onexox



🆕PROJEK INCOME KE-2🆕
⏩KHAS UNTUK WARGA GROUP⏪
💶Pendapatan Bulanan💷
✔RM1000-RM50000 sebulan
👉 masa kerja anda yg tentukan
👉 48 jam seminggu
👉 anda hanya lakukan 40%
👉 sistem bantu 60%
👉 lakukan secara part time
✅ Real Telekomunikasi Di Malaysia
📱Dealer di Seluruh Malaysia

💶Modal Hanya 1 kali Sahaja💶

Jadi Pengguna Bijak dengan Sim Kad RM10 sahaja
🔹Kredit tersedia RM5
🔸Call serendah 5sen
🔹Tempoh sah 28bulan
🔸Kekal no phone asal
🔹Sms free 1800 kali
🔸Insentif pasif 6%

💰Jika dah berpuas hati,Jom jadi Pengedar 1xox Serendah RM90.00💰
📱Dpt Sim kad 5 keping
📱Sistem Full excess
📱Untung jual Sim Kad 22%
📱Insentif pasif 15%
📱Untung jual topup 2%-5%

1⃣🅾 Telco yang konsisten

✅ Sponsor Badminton/Sponsor Final FA Cup 2015/

💰TERBUKTI SUKSES💰

📍Kepada yang SERIUS untuk Memperbaiki Ekonomi, Melipat gandakan Penghasilan, 100% TERBUKTI berjaya

📱Tinggal no HP & no Whatsapp anda untk info.
Kami akan Wassup anda
014-3266358 / 018-7838459 Whatsapp

Monday, December 23, 2013

Selamat tinggal Bumble Bee.

19 Januari 2012 | JNJ3958

Ini 1 tahun 10 bulan yang lalu.. Semasa itu aku bru saja berkerja dalam 7 bulan mcm tu. so aku rasa mmg dh keperluan aku untuk membeli sebuah kereta untuk dipakai oleh aku seterusnya sekeluarga aku. No plate cantik kan. aku sayang kereta ni. dh bermacam aku buat. Sportrims + Sportspring, audio aku buat Mohawk + amplifier. 4k jugak la aku habis nk cantikkan kereta ni walau dh tersedia cantik..

Namun, selepas Izz menjengah dunia ini, aku dan isteri mula berfikir. Muat ke barang2 nk bwk balik Kelantan nanti. Jauh tu perjalanan dari JDT ke TRW tu. Saat aku mula terfikir ketika nak balik hantar wife aku bersalin di sana. Barang wife aku + anak aku je dh penuh smpai ke sit belakang. so how in future kalau nk balik raya memerlukan bwk brg yang banyak. Pada ketika itulah kereta ini di buat launching..Proton Suprima S.


Proton Suprima S
Harga Suprima S mengikut model

Kebetulan aku di Kelantan pergila jalan2 kejap kt Tesco KB sambil beli barang baby aku (pada ketika tiu dh lahir pon). Ade pulak festival proton ke hape ntah. Aku po tergerak hati nak test drive Suprima S ni. Test drive punye test drive aku dpt rasakan yg handling die best, ruang dalam pon luas dan selesa. cuma bab design dashboard je aku rasa nk luku je designer proton ni. buat la lawa sket. haha. ok tanya2 punya tanya die kate boleh trade-in kete myvi aku. die berani amek RM45k untuk myvi aku. WOW! Tinggi die amek tu. So aku decide balik bincang dgn wife. Aku tunjuk die, die pon minat. so balik BP aku g showroom test drive lagi skali then masuk order. Pung pang pung pang dalam sebulan jugak la salesman ni uruskan die ckp loan lulus tapi aku kene tambah RM8k. Aku terus cancel memandangkan aku dh ckp kt die aku nk tolak myvi aku dan aku xnk keluar duit pon untuk keluar SS ni. Rupanya die igt aku nk simpan myvi. ptt la xlepas2 loan aku. Tak pe. aku fikir ade hikmah disebalik semua ni.

Lepas tu, aku pergi Kelantan amek wife untuk balik ke BP (dh habis pantang). masa tu aku dh kira2 dh mcm mana aku nk sumbat barang ni. Kebetulan abg ipar aku yang duduk kt Bandar Tenggara, tu balik jugak ke Kelantan. Alang-alang aku tumpang die nye kete untuk barangan lebihan aku. Almaklumla die bwk Ford Ranger kan. so xde masalah. haha.. Masa nk balik ke BP tu mak mertua aku ckp nak ikut balik. Ok xde hal la cuma aku kene susun elok2 la barang. Susun punya susun alhamdulillah muat. tu pon dh melimpah sket kt sit belakang. so mak mertua aku duduk sempit sket kt belakang. Kesian jugak tp nk wt cemana kan. OTW balik tu kt Kerteh kalau xsalah aku nmpak la satu Preve dh siap bodykit and sportrims. smart jugak aku tgk. aku tunjuk bini aku. die pon ckp lawa. fuhh.. ada harapan nk try ni.. 



Proton Preve 
Harg Preve 2013

Aku pon start tgk review pasal preve ni. tgk banyak good review tak kurang jugak bad reviews. Tapi kebanyakkan yang bad reviews ni model masa memula keluar. DAN as usual power window menjadi topik hangat. Proton kan. ape nk ckp. hahaha. so bermula la aku start tanya salesman tu brapa aku kene tmbah. die ckp kene tmbh dlm 3k jugak la. oh banyak tu. aku sbnarnya xnk keluar sesen pon. kedek x. haha. so balik tu dan2 la aku nmpk preve merah plate JPR kt umah sebelah. Aisey spoil la org sebelah ni. dh beli dlu pulak. Sebenarnya preve ni last choice aku.. so aku xkesah sgt la. dari situ aku start pulak usha kereta2 ni..



Toyota Avanza 
Harga Avanza 2013

Ni cerita pasal Avanza ni pulak. aku dh agak mmg kecik. nampak je besar psl aku pernah naik kereta ni masa aku buat master dlu. Si kentang punya kereta. Ok xpe. mana tau model baru ni ok sket kan. So pegi la Toyota showroom pagi Ahad. Try masuk and drive kt parking atas je psl tutup gate atas. terus aku reject psl sempit dowh.. xbest langsung. Selepas avanza keluar pulak kt Paultan yang Grand Livina baru nk keluar. aku try tgk review die. wow. cantik jugak kan..

Nissan Grand Livina 
Harga Grand Livina 2013

Aku test drive jugak la yang ini. Aku pilih 1.8. sebab kalau amek 1.6 dengan body yg mcm ni mmg minyak nauzubillah la jawabnya. tapi salesman ni pandai. eh minyak ok xde hal. aku try pon dh mcm xbest sbb ruang cabin kecik la. xsyok seperti apa yang aku jangka kan dan bdget yg agak tight di situ. Lepas tu salesman tu suggest dugong bogel pulak. hahaha. dh la design mcm harem. lepastu interior mmg out la. review byk ckp minyak larap ni. mcm2 masalah dn ruang cabin yg boleh tahan tp xrasa layak dgn harga.. itulah.....

Nissan Almera 1.5L VL | RM79,800
Harga Almera 2013

Setelah kecewa dengan Nissan punya produk kebetulan lepas beberapa hari Vios baru pon menjengah bumi malaysia. Aku, Anis ngan Fida pegi test drive kt Toyota showroom. masa tu test drive yg highspec la. Of course TRD. haha. aku dudk belakang dgn anis. yg test drive si Fida kemetot. hahaa. 1st aku masuk.. hurmm interior not bad. cuma sama dgn yang lama. enjin pon pakai yang lama. cuma FACELIFT je.. lepastu TRD tu ade touch screen. aku tanya la dpt skali ke degn TRD version. Optional kata salesman. ok terus hilang minat dgn vios + design die tu boleh dikatakan buruk jugak la..

Toyota Vios 2013
Harga untuk Vios 2013


Vios pon aku tolak ape lagi kan nk tgk. so pegi la Honda. matlamat aku satu je. Honda City tu aku nk tgk. masuk2 salesman mcm biasa la entertain aku. cakap punya cakap die kata ade rebate RM8000. Fuh.. Tempting giler.. Nk test drivve xpayah sbb dh pernah bawak dan duduk. erm.. boleh la.. not bad at all. Tapi.. Honda lagi. mainstream sgt ni. Ecehhhhhh~ poyo gaban siot.. Aku ckp kt salesman tu xpe. aku fikir dlu.. 

Honda City 2013
Harga City 2013

Nk fikir tu aku pergi la merewang kejap kt BP Mall. Kebetulan byk pulak kereta exhibit. Tgk2 la kan. aku tertarik dengan satu kereta ni. Kereta buatan Korea atau pun lebih mesra dengan Kimchi Car oleh pengkritik kereta. Aku dtg tgk. Duduk dalam test2 berangan mcm bwk kan. fuh mantap ni. seronok.. Design pon cu.. dtg la sorang salesman dgn mengenalkan diri sebagai Sabarudin. Borak2 dgn die lama jugak. tanya2 pasal kereta ni kan. mantop siot die nye design. aku terliur. die bagi biz kad die. nk test drive calling2 je.. oraitee xde hal.. ni la kereta yg aku tgk tu..

Hyundai Elantra 2013


Cantik kan kereta tu.. smart siot. dari situ aku dh usha2 dgn wife aku. die kata die minat kereta ni dgn cerato. ok fine.. another kimchi. aku pegi la usha cerato. design mmg superb. luaran mmg aku stim tgk.. mantoppp.. masuk dlm ilang stim aku. xteruja langsung. bosan giler dalam. test drive sket.. ok not bad.. dalam fikiran aku ok elantra aku x test drive lagi.,. kene pegi test la kan. ok lepas tu aku pon ckp kt salesman tu insyaallah kalau jadi aku call la die..

Kia Cerato D-CVVT




Bila aku tgk balik, compare kan segalanya dan review semua kereta tu, aku downsize kepada 2 kereta je. Elantra dengan Cerato. Dua-dua ni menarik perhatian aku dlm bentuk design dan spec serta harga walaupun agak besau disitu. Ada satu hari, hari sabtu, wife aku ckp nk bwk Izz jalan2 dan singgah kt rumah si Anis which is rumah sewa lama die. ok aku drop die then aku jalan2 jap kt The Summit Parade Batu Pahat yang mana depan die showroom Hyundai. Ttbe tergerak hati nak test drive. Call abang tu. Tapi sebelum tu berak dlu pasal ttbe perot aku memulas. hahahahahahaha~

Ok setelah memerot dgn puas, aku pon gerak ke Hyundai. Jumpe abang tu cite2 sket. Lepas tu die bukak cerita yang Hyundai ada rebate RM3500 untuk semua variant Elantra. Oh sgt tempting. Cerato xde pulak psl baru lagi keluar kan.. Aku pon test drive la.. Masuk kereta yg 1.6 high spec je. yg 1.8 aku xmampu la.. masuk dlm fuh comfort siot.. even xbyk beza dgn 1.8 tp still dpt rasakan kualiti die tu. test drive pusing bandar. langgar lubang semua ok aku yakin.. smpai showroom tu aku dok borak ngan die. cm biase aku diracun. aku cite masalah yg aku alami masa nk amek suprima dlu.. die ckp xde masalah. die boleh buat.. ok xpe aku pon try la bg doc semua. Igt x yg aku cite test drive vios tadi. hari yg sama anis nk test drive elantra. so aku bwk jumpe abg ni. dh test drive bagai anis pon jatuh chenta ngan kereta tu. hoho.. masa ktorg dok bincang kt meja discussion tu bank call. die kate die boleh lepaskn loan aku tapi 10% dari harga la aku kene bayar. Tolak rebate boleh la. bincang2 ok proceed. tp aku ckp kt abg tu aku xnk keluar duit kalau boleh.. xpe abg tu kate die kate dgr rebate nk naik lagi.. so aku tunggu good news dari die. Balik opis tu die call ckp rebate baik jadi RM7500. so aku kene tambah RM2500. aku ckp alamak berat jugak tu. bincang2 die ckp xpe la. disebabkan die pon dh achieve target tahunan dan bulanan. die bg lagi extra RM1000. so aku kene bayar die RM1500. ok boleh cerita lagi. Bincang2 ngan wife ktorg pon sign agreement tp pening jugak la nk cari RM1500. Tanya kawan2 pon diorg pon dlm kesusahan. xpe.. jual sket barangan mcm sabun and perfume. Alhamdulillah dpt jugak RM1500 tu. 15/11/2013 kereta tu didaftarkan. tapi atas beberapa kesulitan esok nya iaitu 16/11/2013 baru leh aku amek.. xpela esok je pon kan. Teruja tetap teruja.. hoho.. Alhamdulillah rezeki anak aku ni nk pakai kereta selesa sket. Esoknya aku amek la.. So memperkenalkan..

HE 1.6GLS 2013

Alhamdulillah. ada hikmah kenapa aku xamek Suprima S tu. nk dpt lagi best dan besa la kot.. kt sini nk cerita jugak la. sbb dh berusia sebulan lebih pon HE aku tu.. 7 Disember aritu ada family day KPTMBP di Glory Beach Resort, Port Dickson. ok ni la masa nya aku nk test FC (fuel consumption) HE ni. Sebelom tu nk cite sket 1st service hanya RM137 sahaja. mcm Myvi aku pulak.. Ok dari BP ni aku isi RM87 siap2. So dpt full tank. Pegi PD tu ikut highway. so dalam 3 bar la luak. eh ok pada aku.. 8 Disember dh balik dh. aku ikut jalan lama psl nk pegi tempat 1 aku ngan wife aku dlu try ngorat each other. malu2 mase tu. kt Teluk Kemang. haha. cari2 akhirnya jumpa. Still aku gunakan baki minyak yang ada.. xnk isi nk tgk smpai mana kan.. dh jmpe tu xkan xbergambar pulak kan. miahahaha...

3 years ago, try to win her heart. After 3 years we come back here with our little khalifah.

Lepas balik dari Teluk Kemang tu ikot jalan lama jugak. tersalah jalan. masuk kt bandar Melaka. fuhhh! die punya jem xhengat.. hari ahad + cuti skolah kan. Aku lencong amek jalan ke Umbai. tetiba rasa nk makan kt situ. aku ngan wife pon xpernah makan sama2 kat sana. so pergilah makan. Ktorg smpai umah pon dalam pukul 8pm jugak la.. Baki minyak tu ada la 4 hari aku jalan2 kt BP ni lagi.. so jimat ke x ek..

Hari khamis minggu yang sama aku nk pergi ke shah alam. Aku isi dalam RM90 mcm tu. Masa tu budget aku pon agak2 suam jugak la psl makan kt umbai terlari pulak budget. hahaha.. so masa aku try lagi. dapat pegi balik shah alam + aku jenjalan shah alam sket. tambah best lagi aku jalan2 lagi 4 hari kt BP ni. Hari Isnin lepas jenjalan baru aku isi lagi. ini true experience aku dan kepenatan perjalanan xrasa mcm aku naik myvi dlu. jauh beza. harga pon jauh jugak beza kalau feeling sama menyesal la aku. haha. Alhamdulillah aku rasa aku buat keputusan yang betul. So nk beli kereta pon kene satu kan hati juagk. tawakal pon sama. yang penting research dan experience drive dlu kereta2 dlm short list korang.. Apa pun pilihan korang anggaplah itu perlaburan untuk keselesaan keluarga. Buat pilihan dengan betul in syaa Allah korang xakan menyesal.. Peace.. Assalamualaikum..

Kekuatan Mami & Daddy

Alhamdulillah.. 3 bulan sudah menjadi bapa kepada Izz sudah setahun usia perkahwinan aku dan Azmahani Che Awang. Semakin ceria dengan kehadiran Izz. Balik kerja confirm aku terjah si Izz ni dan bergomol kejap sebelom die mandi.. kadang-kadang bila aku baring imbas kembali chronology Izz lahir..

2 September 2013
----------------------------------------
0700 - Bergerak dari Batu Pahat ke Pasir Puteh sebab wife aku nk bersalin kt sana.

2000 - Tiba di rumah mertua aku di Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan

3 September 2013
----------------------------------------
0600 - Dikejutkan dari tidur oleh Azmahani Che Awang mengatakan ade lendir keluar. Terus mandi2 then ternampak mcm ade terkencing. Ok air ketumban la kot.

0615 - Check in di Hospital Tengku Anis.

0945 - Baru duduk di bangku menunggu selepas sarapan. "Suami Azmahani sila masuk". Masuk terus ke katil bersalin. Berusaha memberi semangat. 

1000 - Lahirlah seorang bayi lelaki yang disaksikan oleh aku sendiri. Alhamdulillah. Kurniaan Allah kepada kami sekeluarga. Amanah baru yg diberikan. Ibu selamat bayi pon selamat. Tersenyum + sebak + whateva feeling. Tak terkata.



Muhammad Izz Iskandar semasa berusia 5jam

Ketika berusia 2 hari.

4 hari

7 hari

60 hari

3 month


Itu la Muhammad Izz Iskandar penyeri hati kami suami isteri. Alhamdulillah segalanya bertambah baik dengan kehadiran Izz.

Sedikit renungan kita bersama..

a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah. 

Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t. 

Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan. 

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan. 

b. Anak adalah penyambung keturunan. 

Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani) 

c. Doa anak soleh itu tidak terputus. 

Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.


aku hairan kenapa orang zaman sekarang boleh menyatakan bahawa cukuplah dua orang anak sahaja kerana memerlukan duit yang banyak untuk membesarkan mereka 


persoalannya di manakah letaknya keyakinan kita kepada ALLAH swt bahawa ALLAH swt yang memberikan rezeki kita pulak yang pandai pandai menentukan rezeki anak anak kita merancang tak salah tetapi tak mahu anak ramai kerana takut tak cukup perbelanjaan itu yang salah salah kerana kita mendahului ALLAH swt 


kalau dah tahu tak cukup kita sebagai ibu bapa mestilah berusaha mencari rezeki dan bertawakkal kepada ALLAH swt bukannya mengharapkan rezeki datang bergolek dan kalau dah tak mampu tu buatlah cara tak mampu jangan pulak beli barang barang keperluan yang mahal mahal 


macam mana nak datangnya keyakinan kepada ALLAH swt 
jika mengingat ALLAH pun jarang jarang 
oleh itu marilah kita sama sama perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 


wallahhualam 

insyaallah ...

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/04/anakrezekiyakin.html#P8KlBm80SjRpEERo.99

Friday, March 1, 2013

Sifat Orang Lalai dan Orang Berakal


Manusia berada dalam salah satu dari dua keadaan. Jika kuat satu keadaan lemahlah keadaan yang satu lagi. Dua keadaan itu adalah pertama perhatian kepada dirinya sendiri dan kedua adalah perhatian kepada Tuhannya. Jika dia asyik kepada dirinya lalailah dia kepada Tuhannya. Jika dia asyik kepada Tuhannya lalailah dia kepada dirinya.
Orang yang lemah tauhidnya akan asyik kepada dirinya dan menjadi lalai daripada mengingati Tuhannya. Orang ini mungkin kuat mengerjakan amal ibadat dan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk. Tetapi, keasyikan kepada diri sendiri membuatnya melihat amal dan perbuatan sebagai hasil yang keluar dari dirinya kerana dirinya dan kembali kepada dirinya. Jika dia melihat Tuhan maka dilihatnya Tuhan memberinya kebebasan untuk melakukan apa yang dia kehendaki. Dirasakan seolah-olah Tuhan tidak mengganggu pekerjaannya. Dia berpegang kepada kenyataan bahawa Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah nasibnya. Oleh itu, nasib dirinya terletak dalam tangannya sendiri. Dan, Tuhan memberinya nasib menurut usaha yang disumbangkannya. Bagi menjamin dia mendapat nasib yang baik maka dia membuat perancangan yang rapi dan mengambil tindakan yang berkesan. Dia memulakan harinya dengan menyusun jadual yang wajib ditaatinya untuk hari itu. Untung malang nasibnya bergantung kepada kemampuannya untuk merialisasikan apa yang dirancangkannya.
Manusia yang berpegang kepada prinsip demikian adalah benar menurut aspek dirinya tetapi adalah orang yang lalai menurut aspek ketuhanan yang menguasai dirinya. Pengagungan kekuatan diri sendiri akan memperkecilkan kekuatan Maharaja yang memerintah sekalian alam maya ini. Prinsip yang demikian menambahkan ego dirinya dan menjauhkannya dari merendahkan diri kepada Tuhannya, walaupun banyak ibadat dan perbuatan baik yang dikerjakannya. Amal yang banyak menyebabkannya menjadi ujub, riak dan sama’ah. Amal yang demikian tatkala dibawa ke neraca hisab di akhirat kelak ia akan berterbangan seperti debu. Ia tidak dapat menolong tuannya kerana orang itu menjadikan dirinya sebagai tapak untuk meletakkan amalnya. Di Padang Mahsyar dirinya sendiri tidak berdaya berdiri di hadapan Hakim Yang Maha Perkasa. Bila dia rebah, rebah jugalah amalnya.
Sekiranya kita mahu amal dapat berdiri tegak binalah ia di atas tapak tauhid. Pandangan tauhid melihat apa yang dari Allah s.w.t, berdiri dengan Allah s.w.t dan kembali kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang memiliki dan menguasai sekalian alam serta isi dan kejadian yang berlaku di dalamnya. Tidak bergerak walau sebesar zarah melainkan dengan izin-Nya. Tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan Kudrat dan Iradat-Nya. Allah s.w.t telah menentukan Qadak sebelum Dia menzahirkan Qadar. Setiap yang berlaku adalah menurut ketentuan-Nya.
Orang yang berpegang pada prinsip ini menyambut kedatangan pagi dengan persiapan untuk menerima ketibaan takdir Ilahi. Dia tahu bahawa apa yang Allah s.w.t takdirkan untuknya hari itu pasti sampai kepadanya. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya. Bergeraklah dia dengan sepenuh tenaga mendukung takdir yang diamanatkan kepadanya. Jangan menganggap orang yang bepegang kepada prinsip tauhid sebagai orang yang pasif, hanya berpeluk tubuh. Dia tetap aktif dengan berbagai-bagai aktiviti, melebihi orang yang berpegang kepada prinsip yang pertama. Perbezaan antara keduanya adalah daya rasa dan daya nilai. Pekerjaan dan perbuatan adalah serupa. Orang yang pertama merasakan dialah yang melahirkan amal. Dia melihat dirinya yang melakukan amal. Orang kedua melihat dirinya adalah alat, dan Allah s.w.t adalah Pelaku yang menggunakan alat. Dia melihat dirinya dipilih oleh Allah s.w.t bagi menzahirkan sesuatu perbuatan. Oleh sebab perbuatan yang ditakdirkan untuknya itu menjadi amanat Allah s.w.t kepadanya maka dia melakukannya sebaik mungkin menurut kadar kemampuan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya dan dia mengharapkan perbuatan yang lahir dari dirinya itu diredai Allah s.w.t.
Orang seperti ini tidak panik menerima kedatangan peristiwa besar secara mendadak kerana dia melihat bahawa peristiwa tersebut adalah takdir Allah s.w.t yang sedang berjalan dan dia berada di tengah jalan laluan takdir itu, lalu dia menerimanya dengan senang hati. Dia yakin bahawa Allah s.w.t yang mendatangkan takdir dalam bentuk peristiwa maka Dia juga yang melahirkan kesan dari peristiwa berkenaan.
Apabila seseorang itu berfungsi  mengikut urutan takdir dia dapat menerima akibat daripada takdir itu walaupun akibat itu tidak menguntungkannya. Jika akibat yang baik sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan memeliharanya agar tidak terjadi sia-sia kebaikan yang diterimanya dan dia bersyukur. Jika akibat buruk yang sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan menguatkannya dengan kesabaran dan keredaan. Hati yang benar-benar bertauhid tidak dapat diganggu gugat oleh apa-apa pun.

Friday, March 16, 2012

ADA AKU KESAH??!!!



Assalam..well for those who did not see me in person..THATS ME! so what..i'm jambu (orang kata)..ADA AKU KESAH?! Some will says i'm GAY or PENGKID. whatever la you guys. I know who i'm. Gay or not..MIND YOUR OWN BUSINESS la.. -___-'

Aku bersyukur dianugerahkan dan dipinjamkan nikmat ini. Tak semua orang dianugerahkan nikmat ini. Dan ada hikmah disebaliknya. #pujukhati

Kenapa Lepaskan Carroll Dari Anfield Akan Jadi Kesilapan?



Sudah setahun berlalu sejak Andy Carroll tiba di Anfield dengan rekod perpindahan termahal dunia untuk pemain British. Sejak dari itu juga Carroll telah dipuji dan dikecam berikutan persembahannya dalam jersi Liverpool. Masih belum diputuskan sama ada penyokong mahu terus menyokong atau tidak pemain berjersi nombor 9 ini.

Bagaimanapun, cubalah bersikap yakin dengan Andy Carroll. Berikut adalah sebab kenapa Liverpool dan penyokong mereka dinasihatkan untuk terus memastikan "Big Andy" kekal sebagai pemain the Reds.

------------------------------------
Dia Masih Muda

Sukar untuk dipercayai bahawa Andy Carroll masih baru berusia 23 tahun.

Carroll masih belum menemui prestasi terbaiknya tapi dia masih ada kelebihan besar dari segi masa. Berdasarkan potensi, Carroll masih mampu menjadi sebahagian dari pasukan Liverpool untuk 10 tahun lagi. Ia bermakna dari segi potensi, Andy Carroll ada 10 tahun lagi untuk mencatatkan jumlah jaringan yang akan membayar kembali yuran perpindahannya dan berkemungkinan besar Andy Caroll akan menjadi pemain No. 9 terhebat seterusnya untuk Liverpool.

Masa menyebelahi Andy.

------------------------------------
Rekodnya vs Fernando Torres Di Kelab Masing-Masing

Ia berpunca besar dari perpindahan mengejut Fernando Torres yang telah membuka jalan untuk kemasukkan Carroll di Anfield dan kedua-duanya ada permulaan yang perlahan dalam karier mereka di kelab baru. Tapi apa kata jika anda membandingkan mereka?

Sebelum menghidangkan statistik untuk anda kaji, ini adalah penjelasan bahawa Torres dan Caroll bukan pemain yang serupa atau tiada siapa yang lebih bagus berbanding satu sama lain. Ini hanyalah fakta mengenai pencapaian masing-masing di Liga Perdana Inggeris setakat dalam musim ini:

Gol:
Andy Carroll: 3
Fernando Torres: 2

Kadar penyempurnaan:
Andy Carroll: 6.5%
Fernando Torres: 5.9%

Ketepatan percubaan:
Andy Carroll: 39.1%
Fernando Torres: 35.3%

Minit setiap gol:
Andy Carroll: 448.7
Fernando Torres: 612.5

Peluang yang dicipta:
Andy Carroll: 21
Fernando Torres: 17

Jadi dengan mengambilkira statistik ini, penyerang No. 9 Liverpool sekarang sedang menikmati kehidupan di depan gol yang lebih menggembirakan dari bekas No. 9 Liverpool.

------------------------------------
Dia Bakal Mengubah Keadaan

Permulaan buruk Carroll dalam kariernya dengan the Reds telah didokumentasikan dengan begitu ketara. Frasa "What a waste of money!" telah menjadi sebutan ruji di kalangan pengulas dan pandangan penyokong lawan terhadap penyerang ini. Bagaimanapun dengan kepulangan Luis Suarez dan Steven Gerrard, prestasi Carroll telah banyak meningkat. Malahan, dia telah beberapa kali memperolehi anugerah Pemain Paling Berharga, menunjukkan dia kini di landasan untuk kejayaan.

Dia kini nampak lebih bertenaga, bersemangat dan berbangga bermain untuk Liverpool lewat ini dan beberapa aksi cemerlangnya kini telah diambil perhatian.

------------------------------------
Dia Akan Muat Dengan Sempurna Dalam Sistem 4-2-3-1

Antara salah satu masalah Liverpool ialah asas yang tidak kukuh untuk membina formasi. Formasi yang tampak amat sesuai seharusnya 4-2-3-1.

Barisan pertahanan dengan Reina menjaga gawang gol, terdiri dari Johnson, Skrtel, Agger dan Enrique. Di hadapannya, Lucas Leiva dan Steven Gerrard harus bermain di garisan defensif dengan Gerrard diberikan sedikit kebebasan naik menyerang. Di bahagian sayap, Downing di sebelah kiri dengan Bellamy di sebelah kanan manakala Suarez menyokong Carroll di bahagian serangan.

Ia akan membolehkan Liverpool bermain dengan kekuatan penuh ketika Gerrard dan Suarez dapat bergandingan dan Downing serta Bellamy menghantar bola lintang kepada Big Andy.

------------------------------------
Ia Akan Nampak Menyedihkan Buat Liverpool

"You'll Never Walk Alone."

Ingat lagi ayat ini? Inilah ayat keramat yang menjadi penawar kepada mereka yang berterusan mengkritik Carroll dan Kenny Dalglish baru-baru ini selepas kekalahan.

Liverpool melambangkan penyatupaduan. Menjual Carroll bakal membayangkan bahawa Carroll telah dibiarkan bersendirian dan dijual. Bukan ini imej sebenar Liverpool.

Sebab di atas akan membuatkan Liverpool harus berfikir dua kali tentang perancangan menjual Carroll. Sokong kelab, sokong Dalgish dan sokonglah Carroll.

========================
TAHUKAH ANDA?
Stail permainan Andy

Carroll telah dibandingkan dengan legenda Newcastle, Alan Shearer, penyerang Chelsea, Didier Drogba, dan juga bekas penyerang Newcastle dan Everton, Duncan Ferguson berdasarkan skil bola tingginya.

Dia dirujuk sebagai penyerang tengah klasik No. 9, bergantung penuh kepada kekuatan fizikal, rembatan padu dan keupayaan tandukan yang cemerlang. Bekas pengurus Newcastle United, Kevin Keegan pernah menyatakan "dia berkemungkinan tiga penanduk bola terbaik yang pernah saya saksikan dalam bola sepak".


credit TIRF MEMBERS