Monday, December 23, 2013

Kekuatan Mami & Daddy

Alhamdulillah.. 3 bulan sudah menjadi bapa kepada Izz sudah setahun usia perkahwinan aku dan Azmahani Che Awang. Semakin ceria dengan kehadiran Izz. Balik kerja confirm aku terjah si Izz ni dan bergomol kejap sebelom die mandi.. kadang-kadang bila aku baring imbas kembali chronology Izz lahir..

2 September 2013
----------------------------------------
0700 - Bergerak dari Batu Pahat ke Pasir Puteh sebab wife aku nk bersalin kt sana.

2000 - Tiba di rumah mertua aku di Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan

3 September 2013
----------------------------------------
0600 - Dikejutkan dari tidur oleh Azmahani Che Awang mengatakan ade lendir keluar. Terus mandi2 then ternampak mcm ade terkencing. Ok air ketumban la kot.

0615 - Check in di Hospital Tengku Anis.

0945 - Baru duduk di bangku menunggu selepas sarapan. "Suami Azmahani sila masuk". Masuk terus ke katil bersalin. Berusaha memberi semangat. 

1000 - Lahirlah seorang bayi lelaki yang disaksikan oleh aku sendiri. Alhamdulillah. Kurniaan Allah kepada kami sekeluarga. Amanah baru yg diberikan. Ibu selamat bayi pon selamat. Tersenyum + sebak + whateva feeling. Tak terkata.



Muhammad Izz Iskandar semasa berusia 5jam

Ketika berusia 2 hari.

4 hari

7 hari

60 hari

3 month


Itu la Muhammad Izz Iskandar penyeri hati kami suami isteri. Alhamdulillah segalanya bertambah baik dengan kehadiran Izz.

Sedikit renungan kita bersama..

a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah. 

Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t. 

Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan. 

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan. 

b. Anak adalah penyambung keturunan. 

Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani) 

c. Doa anak soleh itu tidak terputus. 

Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.


aku hairan kenapa orang zaman sekarang boleh menyatakan bahawa cukuplah dua orang anak sahaja kerana memerlukan duit yang banyak untuk membesarkan mereka 


persoalannya di manakah letaknya keyakinan kita kepada ALLAH swt bahawa ALLAH swt yang memberikan rezeki kita pulak yang pandai pandai menentukan rezeki anak anak kita merancang tak salah tetapi tak mahu anak ramai kerana takut tak cukup perbelanjaan itu yang salah salah kerana kita mendahului ALLAH swt 


kalau dah tahu tak cukup kita sebagai ibu bapa mestilah berusaha mencari rezeki dan bertawakkal kepada ALLAH swt bukannya mengharapkan rezeki datang bergolek dan kalau dah tak mampu tu buatlah cara tak mampu jangan pulak beli barang barang keperluan yang mahal mahal 


macam mana nak datangnya keyakinan kepada ALLAH swt 
jika mengingat ALLAH pun jarang jarang 
oleh itu marilah kita sama sama perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 


wallahhualam 

insyaallah ...

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/04/anakrezekiyakin.html#P8KlBm80SjRpEERo.99

No comments:

Post a Comment