Wednesday, September 1, 2010

Suara Hati - Sumber-sumber Suara Hati


QS As Sajadah (Sujud) 32:9
"Kemudian Dia menyempurnakan

dan meniupkan kedlm (tubuh)nya roh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bgi kamu pende

ngaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."
Allah telah meniupkan Roh ciptaanNya yg bersih suci kpd manusia, Allah telah meniupkan

Nafsu, keinginan dan segalanya pula kedlam hati manusia. Ketika Jiwa Manusia itu mengakui kpd

Allah bhw Allah itu Tuhannya, pengakuan yg membenarkan suara hati itu terus berjln dan boleh

dirasakan melalui Repetative Magic Power, kecuali jika hati dlm keadaan kotor dan terhijab.
QS Al Hasyr (Pengusiran) 22:24 -
"Dialah Allah Yg Menciptakan, Yg Mengadakan, Yg Membentuk

Rupa, Yg Mempunyai Nama2 Paling Baik. Bertasbih kdpNya apa yg ada dilangit dan di Bumi. Dan

Dialah Yg Maha Perkasa lgi Maha Bijaksana."
Suara Hati manusia ini adalah
Kunci Spiritual (Self Conscience) , kerana ia adalah pancaran sifat2

Ilahi. Keinginan diperlakukan

adil, keinginan Hidup Sejahtera, Keinginan Kasih Mengasihi adalah sifat2 dri Allah. Jika sifat2 dri Allah ini yg berada pd kunci spiritual ini,

mengapa manusia lalai ?, mengapa mrk malas bertasbih?, mengapa mrk merosakkan hati2 mrk dgn

sifat angkuh, sombong dan segala sifat2 terkutuk? Adakah mrk2 ini tidak mahu berfikir? Ataupun mrk

mengetahuinya tetapi masih lalai dgn urusan2 duniawi yg tidak akan habis2 dan apa yg mrk cari2 itu tidak akan kekal selamanya....Sedangkan Hati2 ini lah tempat kunci spiritual manusia yg akan menerima pembalasan dihari kemudian.
Keadaan seperti inilah yg menjadikan hti2 mrk ini kotor dan terhijab dri menerima hidayah Allah. Hti2 mrk keras seperti batu, bahkan mungkin lebih keras dri itu. Mrk akan bertambah2 jauh hati2 ini kpd Allah. Ini adalah suatu penyakit hati, berbagai2 bentuk perasaan negatif akan terpahat didlm jiwa mrk ini. Segala sifat2 tekutuk akan timbul satu persatu jika tidak diubati dan dijaga dgn baik.
Kekuatan hati, melawan segala bentuk serangan bertubi2 ini mampu menghasilkan kejernihan dan kesucian hati. Kerna kejernihan dan kesucian hati inilah tempat sumber suara hati manusia terpancar. Sifat2 yg sering tiba2 muncul dan dirasakan, bisa berupa larangan, peringatan atau sebaliknya, sebuah keinginan, bahkan kebimbangan. Seringkali akan berlaku penyesalan apabila dorongan itu kelewatan.

Sempatkan hati anda utk menyepi sejenak, berkomunikasi dgn Allah. Di sudut2 doa dan di akhir solat Anda. Sempatkan diri anda utk melafazkan sifat2 Allah. Perlahan2 didasar hati anda akan bertemu getarannya. Getaran yg menakjubkan. Sesungguhnya Allah akan memberi hidayah petunjuknya kpd org yg mahu berubah.
"Bacalah! Tuhanmulah yg Maha Pemurah! Yg mengajar dgn kamu. Mengajar manusia apa yg tiada ia tahu"
QS Al Alaq (Segumpal Darah) 96:3-5

QS Ar-Ruum (Bangsa Romawi)"Maka hadapkanlah wajahmu dgn mantap kepada agama munurut fitrah Allah yg telah menciptakan fitrah itu pada manusia. Tiada dapat diubah (hukum-hukum) ciptaan Allah. Itulah agama yg benar, tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahui"
Terdapat 99 Nama2 Allah (Sifat Allah) yg terkandung pada setiap diri2 manusia. Untuk lebih sederhana terdapat 7 Spritual Valuesyg dapat membangunkan kecerdasan Emosi dan Spritual yg diambil dari Asmaul Husna. Values ini hendaklah diambil dan di junjung tinggi sebagai bentuk pengabdian manusia kepada KhaliqNya yg terletak didalam hati2 manusia itu sendiri.

1. JUJUR adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL MUKMIN

2. TANGGUNGJAWAB adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL WAKIL

3. DISPLIN adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL MATIIN

4. KERJASAMA adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL JAAMI'

5. ADIL adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL ADL

6. VISIONER adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AL AKHIR

7. PEDULI adalah wujud pengabdian manusia kpd sifat Allah AS SAMI' dan AL BASHIR

Kesemua sifat2 yg Allah yg 7 ini harus dijadikan
VALUES dimana akan memberikan "MEANING" yg melaksanakannya disamping nilai2 lainnya yg berjumlah 99 sebagai sumber pengabdian.
Marilah kita sama2 mengamalkannya, menilik2 dimanakan Hati2 kita ini berada. Sama ada berada pd landasan yg benar atau sebaliknya. Kerana ketika jiwa2 manusia mengangguk2, mengakui Allah sebagai Tuhannya, maka disaat itulah sifat2 Tuhan Yang Suci dan Mulia muncul dari dalam lubuk hatinya dan dari sinilah kecerdasan spiritual bermula dan Nur/Cahaya kebenaran terpancar dilubuk sanubari nya.


No comments:

Post a Comment