Friday, March 16, 2012

Kenapa Lepaskan Carroll Dari Anfield Akan Jadi Kesilapan?



Sudah setahun berlalu sejak Andy Carroll tiba di Anfield dengan rekod perpindahan termahal dunia untuk pemain British. Sejak dari itu juga Carroll telah dipuji dan dikecam berikutan persembahannya dalam jersi Liverpool. Masih belum diputuskan sama ada penyokong mahu terus menyokong atau tidak pemain berjersi nombor 9 ini.

Bagaimanapun, cubalah bersikap yakin dengan Andy Carroll. Berikut adalah sebab kenapa Liverpool dan penyokong mereka dinasihatkan untuk terus memastikan "Big Andy" kekal sebagai pemain the Reds.

------------------------------------
Dia Masih Muda

Sukar untuk dipercayai bahawa Andy Carroll masih baru berusia 23 tahun.

Carroll masih belum menemui prestasi terbaiknya tapi dia masih ada kelebihan besar dari segi masa. Berdasarkan potensi, Carroll masih mampu menjadi sebahagian dari pasukan Liverpool untuk 10 tahun lagi. Ia bermakna dari segi potensi, Andy Carroll ada 10 tahun lagi untuk mencatatkan jumlah jaringan yang akan membayar kembali yuran perpindahannya dan berkemungkinan besar Andy Caroll akan menjadi pemain No. 9 terhebat seterusnya untuk Liverpool.

Masa menyebelahi Andy.

------------------------------------
Rekodnya vs Fernando Torres Di Kelab Masing-Masing

Ia berpunca besar dari perpindahan mengejut Fernando Torres yang telah membuka jalan untuk kemasukkan Carroll di Anfield dan kedua-duanya ada permulaan yang perlahan dalam karier mereka di kelab baru. Tapi apa kata jika anda membandingkan mereka?

Sebelum menghidangkan statistik untuk anda kaji, ini adalah penjelasan bahawa Torres dan Caroll bukan pemain yang serupa atau tiada siapa yang lebih bagus berbanding satu sama lain. Ini hanyalah fakta mengenai pencapaian masing-masing di Liga Perdana Inggeris setakat dalam musim ini:

Gol:
Andy Carroll: 3
Fernando Torres: 2

Kadar penyempurnaan:
Andy Carroll: 6.5%
Fernando Torres: 5.9%

Ketepatan percubaan:
Andy Carroll: 39.1%
Fernando Torres: 35.3%

Minit setiap gol:
Andy Carroll: 448.7
Fernando Torres: 612.5

Peluang yang dicipta:
Andy Carroll: 21
Fernando Torres: 17

Jadi dengan mengambilkira statistik ini, penyerang No. 9 Liverpool sekarang sedang menikmati kehidupan di depan gol yang lebih menggembirakan dari bekas No. 9 Liverpool.

------------------------------------
Dia Bakal Mengubah Keadaan

Permulaan buruk Carroll dalam kariernya dengan the Reds telah didokumentasikan dengan begitu ketara. Frasa "What a waste of money!" telah menjadi sebutan ruji di kalangan pengulas dan pandangan penyokong lawan terhadap penyerang ini. Bagaimanapun dengan kepulangan Luis Suarez dan Steven Gerrard, prestasi Carroll telah banyak meningkat. Malahan, dia telah beberapa kali memperolehi anugerah Pemain Paling Berharga, menunjukkan dia kini di landasan untuk kejayaan.

Dia kini nampak lebih bertenaga, bersemangat dan berbangga bermain untuk Liverpool lewat ini dan beberapa aksi cemerlangnya kini telah diambil perhatian.

------------------------------------
Dia Akan Muat Dengan Sempurna Dalam Sistem 4-2-3-1

Antara salah satu masalah Liverpool ialah asas yang tidak kukuh untuk membina formasi. Formasi yang tampak amat sesuai seharusnya 4-2-3-1.

Barisan pertahanan dengan Reina menjaga gawang gol, terdiri dari Johnson, Skrtel, Agger dan Enrique. Di hadapannya, Lucas Leiva dan Steven Gerrard harus bermain di garisan defensif dengan Gerrard diberikan sedikit kebebasan naik menyerang. Di bahagian sayap, Downing di sebelah kiri dengan Bellamy di sebelah kanan manakala Suarez menyokong Carroll di bahagian serangan.

Ia akan membolehkan Liverpool bermain dengan kekuatan penuh ketika Gerrard dan Suarez dapat bergandingan dan Downing serta Bellamy menghantar bola lintang kepada Big Andy.

------------------------------------
Ia Akan Nampak Menyedihkan Buat Liverpool

"You'll Never Walk Alone."

Ingat lagi ayat ini? Inilah ayat keramat yang menjadi penawar kepada mereka yang berterusan mengkritik Carroll dan Kenny Dalglish baru-baru ini selepas kekalahan.

Liverpool melambangkan penyatupaduan. Menjual Carroll bakal membayangkan bahawa Carroll telah dibiarkan bersendirian dan dijual. Bukan ini imej sebenar Liverpool.

Sebab di atas akan membuatkan Liverpool harus berfikir dua kali tentang perancangan menjual Carroll. Sokong kelab, sokong Dalgish dan sokonglah Carroll.

========================
TAHUKAH ANDA?
Stail permainan Andy

Carroll telah dibandingkan dengan legenda Newcastle, Alan Shearer, penyerang Chelsea, Didier Drogba, dan juga bekas penyerang Newcastle dan Everton, Duncan Ferguson berdasarkan skil bola tingginya.

Dia dirujuk sebagai penyerang tengah klasik No. 9, bergantung penuh kepada kekuatan fizikal, rembatan padu dan keupayaan tandukan yang cemerlang. Bekas pengurus Newcastle United, Kevin Keegan pernah menyatakan "dia berkemungkinan tiga penanduk bola terbaik yang pernah saya saksikan dalam bola sepak".


credit TIRF MEMBERS

No comments:

Post a Comment