Monday, December 23, 2013

Selamat tinggal Bumble Bee.

19 Januari 2012 | JNJ3958

Ini 1 tahun 10 bulan yang lalu.. Semasa itu aku bru saja berkerja dalam 7 bulan mcm tu. so aku rasa mmg dh keperluan aku untuk membeli sebuah kereta untuk dipakai oleh aku seterusnya sekeluarga aku. No plate cantik kan. aku sayang kereta ni. dh bermacam aku buat. Sportrims + Sportspring, audio aku buat Mohawk + amplifier. 4k jugak la aku habis nk cantikkan kereta ni walau dh tersedia cantik..

Namun, selepas Izz menjengah dunia ini, aku dan isteri mula berfikir. Muat ke barang2 nk bwk balik Kelantan nanti. Jauh tu perjalanan dari JDT ke TRW tu. Saat aku mula terfikir ketika nak balik hantar wife aku bersalin di sana. Barang wife aku + anak aku je dh penuh smpai ke sit belakang. so how in future kalau nk balik raya memerlukan bwk brg yang banyak. Pada ketika itulah kereta ini di buat launching..Proton Suprima S.


Proton Suprima S
Harga Suprima S mengikut model

Kebetulan aku di Kelantan pergila jalan2 kejap kt Tesco KB sambil beli barang baby aku (pada ketika tiu dh lahir pon). Ade pulak festival proton ke hape ntah. Aku po tergerak hati nak test drive Suprima S ni. Test drive punye test drive aku dpt rasakan yg handling die best, ruang dalam pon luas dan selesa. cuma bab design dashboard je aku rasa nk luku je designer proton ni. buat la lawa sket. haha. ok tanya2 punya tanya die kate boleh trade-in kete myvi aku. die berani amek RM45k untuk myvi aku. WOW! Tinggi die amek tu. So aku decide balik bincang dgn wife. Aku tunjuk die, die pon minat. so balik BP aku g showroom test drive lagi skali then masuk order. Pung pang pung pang dalam sebulan jugak la salesman ni uruskan die ckp loan lulus tapi aku kene tambah RM8k. Aku terus cancel memandangkan aku dh ckp kt die aku nk tolak myvi aku dan aku xnk keluar duit pon untuk keluar SS ni. Rupanya die igt aku nk simpan myvi. ptt la xlepas2 loan aku. Tak pe. aku fikir ade hikmah disebalik semua ni.

Lepas tu, aku pergi Kelantan amek wife untuk balik ke BP (dh habis pantang). masa tu aku dh kira2 dh mcm mana aku nk sumbat barang ni. Kebetulan abg ipar aku yang duduk kt Bandar Tenggara, tu balik jugak ke Kelantan. Alang-alang aku tumpang die nye kete untuk barangan lebihan aku. Almaklumla die bwk Ford Ranger kan. so xde masalah. haha.. Masa nk balik ke BP tu mak mertua aku ckp nak ikut balik. Ok xde hal la cuma aku kene susun elok2 la barang. Susun punya susun alhamdulillah muat. tu pon dh melimpah sket kt sit belakang. so mak mertua aku duduk sempit sket kt belakang. Kesian jugak tp nk wt cemana kan. OTW balik tu kt Kerteh kalau xsalah aku nmpak la satu Preve dh siap bodykit and sportrims. smart jugak aku tgk. aku tunjuk bini aku. die pon ckp lawa. fuhh.. ada harapan nk try ni.. 



Proton Preve 
Harg Preve 2013

Aku pon start tgk review pasal preve ni. tgk banyak good review tak kurang jugak bad reviews. Tapi kebanyakkan yang bad reviews ni model masa memula keluar. DAN as usual power window menjadi topik hangat. Proton kan. ape nk ckp. hahaha. so bermula la aku start tanya salesman tu brapa aku kene tmbah. die ckp kene tmbh dlm 3k jugak la. oh banyak tu. aku sbnarnya xnk keluar sesen pon. kedek x. haha. so balik tu dan2 la aku nmpk preve merah plate JPR kt umah sebelah. Aisey spoil la org sebelah ni. dh beli dlu pulak. Sebenarnya preve ni last choice aku.. so aku xkesah sgt la. dari situ aku start pulak usha kereta2 ni..



Toyota Avanza 
Harga Avanza 2013

Ni cerita pasal Avanza ni pulak. aku dh agak mmg kecik. nampak je besar psl aku pernah naik kereta ni masa aku buat master dlu. Si kentang punya kereta. Ok xpe. mana tau model baru ni ok sket kan. So pegi la Toyota showroom pagi Ahad. Try masuk and drive kt parking atas je psl tutup gate atas. terus aku reject psl sempit dowh.. xbest langsung. Selepas avanza keluar pulak kt Paultan yang Grand Livina baru nk keluar. aku try tgk review die. wow. cantik jugak kan..

Nissan Grand Livina 
Harga Grand Livina 2013

Aku test drive jugak la yang ini. Aku pilih 1.8. sebab kalau amek 1.6 dengan body yg mcm ni mmg minyak nauzubillah la jawabnya. tapi salesman ni pandai. eh minyak ok xde hal. aku try pon dh mcm xbest sbb ruang cabin kecik la. xsyok seperti apa yang aku jangka kan dan bdget yg agak tight di situ. Lepas tu salesman tu suggest dugong bogel pulak. hahaha. dh la design mcm harem. lepastu interior mmg out la. review byk ckp minyak larap ni. mcm2 masalah dn ruang cabin yg boleh tahan tp xrasa layak dgn harga.. itulah.....

Nissan Almera 1.5L VL | RM79,800
Harga Almera 2013

Setelah kecewa dengan Nissan punya produk kebetulan lepas beberapa hari Vios baru pon menjengah bumi malaysia. Aku, Anis ngan Fida pegi test drive kt Toyota showroom. masa tu test drive yg highspec la. Of course TRD. haha. aku dudk belakang dgn anis. yg test drive si Fida kemetot. hahaa. 1st aku masuk.. hurmm interior not bad. cuma sama dgn yang lama. enjin pon pakai yang lama. cuma FACELIFT je.. lepastu TRD tu ade touch screen. aku tanya la dpt skali ke degn TRD version. Optional kata salesman. ok terus hilang minat dgn vios + design die tu boleh dikatakan buruk jugak la..

Toyota Vios 2013
Harga untuk Vios 2013


Vios pon aku tolak ape lagi kan nk tgk. so pegi la Honda. matlamat aku satu je. Honda City tu aku nk tgk. masuk2 salesman mcm biasa la entertain aku. cakap punya cakap die kata ade rebate RM8000. Fuh.. Tempting giler.. Nk test drivve xpayah sbb dh pernah bawak dan duduk. erm.. boleh la.. not bad at all. Tapi.. Honda lagi. mainstream sgt ni. Ecehhhhhh~ poyo gaban siot.. Aku ckp kt salesman tu xpe. aku fikir dlu.. 

Honda City 2013
Harga City 2013

Nk fikir tu aku pergi la merewang kejap kt BP Mall. Kebetulan byk pulak kereta exhibit. Tgk2 la kan. aku tertarik dengan satu kereta ni. Kereta buatan Korea atau pun lebih mesra dengan Kimchi Car oleh pengkritik kereta. Aku dtg tgk. Duduk dalam test2 berangan mcm bwk kan. fuh mantap ni. seronok.. Design pon cu.. dtg la sorang salesman dgn mengenalkan diri sebagai Sabarudin. Borak2 dgn die lama jugak. tanya2 pasal kereta ni kan. mantop siot die nye design. aku terliur. die bagi biz kad die. nk test drive calling2 je.. oraitee xde hal.. ni la kereta yg aku tgk tu..

Hyundai Elantra 2013


Cantik kan kereta tu.. smart siot. dari situ aku dh usha2 dgn wife aku. die kata die minat kereta ni dgn cerato. ok fine.. another kimchi. aku pegi la usha cerato. design mmg superb. luaran mmg aku stim tgk.. mantoppp.. masuk dlm ilang stim aku. xteruja langsung. bosan giler dalam. test drive sket.. ok not bad.. dalam fikiran aku ok elantra aku x test drive lagi.,. kene pegi test la kan. ok lepas tu aku pon ckp kt salesman tu insyaallah kalau jadi aku call la die..

Kia Cerato D-CVVT




Bila aku tgk balik, compare kan segalanya dan review semua kereta tu, aku downsize kepada 2 kereta je. Elantra dengan Cerato. Dua-dua ni menarik perhatian aku dlm bentuk design dan spec serta harga walaupun agak besau disitu. Ada satu hari, hari sabtu, wife aku ckp nk bwk Izz jalan2 dan singgah kt rumah si Anis which is rumah sewa lama die. ok aku drop die then aku jalan2 jap kt The Summit Parade Batu Pahat yang mana depan die showroom Hyundai. Ttbe tergerak hati nak test drive. Call abang tu. Tapi sebelum tu berak dlu pasal ttbe perot aku memulas. hahahahahahaha~

Ok setelah memerot dgn puas, aku pon gerak ke Hyundai. Jumpe abang tu cite2 sket. Lepas tu die bukak cerita yang Hyundai ada rebate RM3500 untuk semua variant Elantra. Oh sgt tempting. Cerato xde pulak psl baru lagi keluar kan.. Aku pon test drive la.. Masuk kereta yg 1.6 high spec je. yg 1.8 aku xmampu la.. masuk dlm fuh comfort siot.. even xbyk beza dgn 1.8 tp still dpt rasakan kualiti die tu. test drive pusing bandar. langgar lubang semua ok aku yakin.. smpai showroom tu aku dok borak ngan die. cm biase aku diracun. aku cite masalah yg aku alami masa nk amek suprima dlu.. die ckp xde masalah. die boleh buat.. ok xpe aku pon try la bg doc semua. Igt x yg aku cite test drive vios tadi. hari yg sama anis nk test drive elantra. so aku bwk jumpe abg ni. dh test drive bagai anis pon jatuh chenta ngan kereta tu. hoho.. masa ktorg dok bincang kt meja discussion tu bank call. die kate die boleh lepaskn loan aku tapi 10% dari harga la aku kene bayar. Tolak rebate boleh la. bincang2 ok proceed. tp aku ckp kt abg tu aku xnk keluar duit kalau boleh.. xpe abg tu kate die kate dgr rebate nk naik lagi.. so aku tunggu good news dari die. Balik opis tu die call ckp rebate baik jadi RM7500. so aku kene tambah RM2500. aku ckp alamak berat jugak tu. bincang2 die ckp xpe la. disebabkan die pon dh achieve target tahunan dan bulanan. die bg lagi extra RM1000. so aku kene bayar die RM1500. ok boleh cerita lagi. Bincang2 ngan wife ktorg pon sign agreement tp pening jugak la nk cari RM1500. Tanya kawan2 pon diorg pon dlm kesusahan. xpe.. jual sket barangan mcm sabun and perfume. Alhamdulillah dpt jugak RM1500 tu. 15/11/2013 kereta tu didaftarkan. tapi atas beberapa kesulitan esok nya iaitu 16/11/2013 baru leh aku amek.. xpela esok je pon kan. Teruja tetap teruja.. hoho.. Alhamdulillah rezeki anak aku ni nk pakai kereta selesa sket. Esoknya aku amek la.. So memperkenalkan..

HE 1.6GLS 2013

Alhamdulillah. ada hikmah kenapa aku xamek Suprima S tu. nk dpt lagi best dan besa la kot.. kt sini nk cerita jugak la. sbb dh berusia sebulan lebih pon HE aku tu.. 7 Disember aritu ada family day KPTMBP di Glory Beach Resort, Port Dickson. ok ni la masa nya aku nk test FC (fuel consumption) HE ni. Sebelom tu nk cite sket 1st service hanya RM137 sahaja. mcm Myvi aku pulak.. Ok dari BP ni aku isi RM87 siap2. So dpt full tank. Pegi PD tu ikut highway. so dalam 3 bar la luak. eh ok pada aku.. 8 Disember dh balik dh. aku ikut jalan lama psl nk pegi tempat 1 aku ngan wife aku dlu try ngorat each other. malu2 mase tu. kt Teluk Kemang. haha. cari2 akhirnya jumpa. Still aku gunakan baki minyak yang ada.. xnk isi nk tgk smpai mana kan.. dh jmpe tu xkan xbergambar pulak kan. miahahaha...

3 years ago, try to win her heart. After 3 years we come back here with our little khalifah.

Lepas balik dari Teluk Kemang tu ikot jalan lama jugak. tersalah jalan. masuk kt bandar Melaka. fuhhh! die punya jem xhengat.. hari ahad + cuti skolah kan. Aku lencong amek jalan ke Umbai. tetiba rasa nk makan kt situ. aku ngan wife pon xpernah makan sama2 kat sana. so pergilah makan. Ktorg smpai umah pon dalam pukul 8pm jugak la.. Baki minyak tu ada la 4 hari aku jalan2 kt BP ni lagi.. so jimat ke x ek..

Hari khamis minggu yang sama aku nk pergi ke shah alam. Aku isi dalam RM90 mcm tu. Masa tu budget aku pon agak2 suam jugak la psl makan kt umbai terlari pulak budget. hahaha.. so masa aku try lagi. dapat pegi balik shah alam + aku jenjalan shah alam sket. tambah best lagi aku jalan2 lagi 4 hari kt BP ni. Hari Isnin lepas jenjalan baru aku isi lagi. ini true experience aku dan kepenatan perjalanan xrasa mcm aku naik myvi dlu. jauh beza. harga pon jauh jugak beza kalau feeling sama menyesal la aku. haha. Alhamdulillah aku rasa aku buat keputusan yang betul. So nk beli kereta pon kene satu kan hati juagk. tawakal pon sama. yang penting research dan experience drive dlu kereta2 dlm short list korang.. Apa pun pilihan korang anggaplah itu perlaburan untuk keselesaan keluarga. Buat pilihan dengan betul in syaa Allah korang xakan menyesal.. Peace.. Assalamualaikum..

6 comments:

  1. Assalamualaikum zul.
    Boleh bg no kontek brader elantra tu? Setakat ni pakai ok tak? Ade rasa nk jual balik je.ade yg xkena ke cmne? Ni no.0199287954boleh balas kt sini.teringin gak tgok elantra nih.hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Boleh bagi komen sikit tentang elantra ni. Saya bercadang ingin membeli. Tetapi ingin tahu lebih lanjut daripada orang yang pernah menggunanya. Antara soalan:

    1) Maintenance die senang tak ? Berapa kos maintenance ?

    2) Spare part die mudah dapat ke tidak ? Mahal ke ?

    3) Performance puas hati tak ?

    4) Minyak kuat tak ?

    5) Resale value tu mmg dah tau takpe, hehe.

    Harap bro buleh beri feedback tentang kereta ini. Saya harap2 sangat nak tahu. Saya cuba mencari contact number Tuan, tapi tak jumpa. Harap Tuan bleh respon soalan saya ni kepada no ni : 0196210124 (Firdaus-KL). Pakai wasap pun ok..free hehe.

    Many thanks bro.

    regards
    Firdaus

    ReplyDelete
  3. Salam Encik,

    Saya pun nak tanya macam encik yang kat atas ni tanya. saya pun bawa myvi se1.5 dan bertujuan untuk trade in jugak dan ambil elantra.. ya lah kan, keluarga pun bertambah dan saya nak berbincang dengan suami saya berkaitan hal ini.. tapi encik ambil yang mana yer? 1.6 standard atau 1.6 high specs? buleh tolong saya reply via whatapps saja (017-4269329). terima kasih.

    wassalam,
    ruzanna

    ReplyDelete
  4. very informative post bro. btw aku tgh berkira2 nak rembat suprima :)

    ReplyDelete
  5. sorry gusy lama x jengah blog ni..

    ReplyDelete
  6. Wow semua list dalam ni macam list kereta yg bakal dibeli....bagus info dalam ni.

    ReplyDelete