Sunday, May 15, 2011

keBULLSHITan pabila 3rd person showed in relationship..





Well..ape korang rase n akan buat kalo dlm hubungan antara gf/bf korang ade pihak ke3 yg dtg kacau2? untuk ak ia adalah satu cabaran pn ye..erm..xtau la..cm parasit ttbe nk dtg kacau..fyi, topic nh ak ade post kt wall fb ak n rmi yg respon bnde2 yg motivate kot..ak xtau la..sbb bnde nh skang berlaku depan mate ak (not me)..mungkin belom sedar lagi ko..kalo dh sedar bgs la kn..what goes around come around kn..






ok bg pihak gf or pihak bf yg dikacau oleh pihak ke3 yg xbertamadun nh..ade la sket tips dr kwn2 ak..(mgkin diorg kalo kene xkn wt kot..ckp xserupa bikin) :



  • miss j :: bertindak sbelum terlepas...bkn lepas tgn...
  • miss j :: sbtolnye...mmg rase geram...but,btindak dgn btol la...tp wlopn ade org ktiga,if hbgn korg ok n bhgia tade pk sal org ktiga tu xpe la...if salah sorg beralih arah,tu ssh skit ar...mmg org ktiga tu akn mng ar...hehe
  • miss j lagi :: gitu ssh laa...if dlm hbgn tu sndiri tade rase mencintai n menghargai da mmg taley nk pkse amy...kite jz mmpu pesan kt si dia spya pk hbs2 sblm pegi kt org ktiga tu...if die btol2 sygkn hbgn, try to think back...
  • cik d :: orang kata x elok kite doakan yg xbek pd org..tp aku tidak!!!...aku wish org ketiga tuh dpt balasan yg setimpal mcm ne die sanggup buat pd hubungan yg die kacau tuh....tp kadang2....bkn sbb org ketiga...pasangan tuh sendiri yg gatal juga melayan.......
  • cik d lagi ::  hahaha..tu la psl...honestly la kan...pasangn tuh sbenarnye yg kene tau siapa die n hak die tu untuk sape....jujur pd diri n pasangan la...kata sayangkan....wah2...xkan nak sayang smp dua org.....tamak tol...xbek dowhh tamak2 nih....yg org ke-3 tuh pulak...igt die nak sgt ker pasangn yg die kacau tuh...die just nak gunakan je......lepas da guna...tglkan...


tu mbr mmbr ak yg ckp la..myb ade betol ade salah..even ak sndri penh mengalami situasi cmnh n kebullshitan tu mmg terserlah la..ak pk2 lek knape gf/bf kite nh xleh nk hargai kite yg dh lme kenal(if kapel dh lme) n dgn terbuke hatinye menerima org bru..mmg xsalah kalo nk menerima kwn baru..tp kalo dh terlebey sudah feelng tu n kalo dh tau salah sorng dr tu ade perasaan so pndai2 la kn..ak kdg2 xphm la diorg nh pk ape..smpai thp org ketiga tu ckp sanggup tunggu gf/bf kite nh break ngan kite..apekejadah nye..kt luar tu melambak org single..nk jugak cri org punye..apehal ko nh..haa..cmtu la reaction ak.hahaha..pns woo..

ade jugak kwn2 ak nh bg respon mmg terbaek dr ladang (kelaut dak2 nh..sabo jelah) :
  • datuk R :: cube ko tanye nigga tips rumah tangga ni <--nigga nh dak umh ak..mengarut jek kang mmt nh..hahaha
  • tz :: Sedih gile! Hoping for honesty je. Pk positive n doa bg org ke3 tu dpt balasan!!! Kt x layak pun nak hukum. Cewahhhh
  • tunangan orang :: uishhh~ aku penah rase bende ni.....bkn di tahap kacau dah ke....kene tipu skali pon ade...GERAM!
  • tunangan orang :: ok la mcm tu...aku ni lg la....siap pompuan tu mntak aku carik laki lain.... hrmmm....mcm nk gile gak la smggu,nangis2 je... tp lpas pikir2 lantak la...n kitorg ok balik~ tp seyes....hancur gile hati ni mcm kene pijak... 1st love tu~
  • tz ::  A'a.. If jahat.. Ktorang still ade wey!! Xyah a sedey! Lupekan! Kt enjoyyyyy!
  • tunangan orang :: ape2 pon pikir diri sdiri je.....jgn rosak kan diri sbb cinta.... gegegeg
  • puan nunu ::  ko belasah jer die..... menyibok jer...
  • encik donivia :: Aku rase..xperlu rase, kalau aku sure aku wat bodow,da xde jodoh,watpe nak gado2,sekali pegi 5 org beratorr, kalau kekwat sgt ape lg kite bakooooooorrr!!! Kekeke..be kewl my bro..
  • adik ak :: ad org ke3 ke emy..cari la org ke4...cnfrm sttle..hahaha

mcm2 reaction kite leh dpt kn..so tepok dada tnye slera..adekah korang tergolong dlm golongan PARASIT CINTA nh or korang dlm golongan yg sedang/pernah mengalami situasi nh..kte xleh salahkn sape2..pokok pangkal nye hati kite sndri..sume bermula dr hati..jika korang nh setia n menghargai ape yg ade depan mate so teruskn la..bgs tu..xrugi kite setia pd psgn kite..n kalo korang nh stok men2 lagi..rentikan le..xde pekdah nye wei mengacau hubungan org bagai nh..korang kene igt ape yg korang buat xmustahil pth balik kt korang..sbb ak dh kene..hahah..insaf wei..xnk dh..so ak tekad dn nekad hanya 1 jek cinta ak skarang..korang pk2 la ye..jgn jadikan diri kite nh pemusnah hubungan org len..xelok..n pd psgn yg sedang dikacau oleh PARASIT CINTA tu..igt2lah pengorbanan ssh senang psgn korang..korang xkn dpt org yg same dgn psgn korang..peace y'll!!



p/s : sume name diatas adelah bukan name sebenar pengKOMEN di fb ak..hehe..

Tuesday, April 26, 2011

KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole". "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?

Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


p/s :: Betol ke cite di atas..hanya ALLAH saja yg tau..

Wednesday, March 16, 2011

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar,
risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara
halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar
untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih
kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada
perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan
lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi
tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka
lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul
bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang
masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji
akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta
diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta
menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan
yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi
untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Monday, March 14, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Friday, March 11, 2011

Ada Apa Dengan Warna?!

WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Jom kite mengenali warna dan sifatnya :

Emas
+ve
: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
-ve
: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
+ve
: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
-ve
: Boros berbelanja

Kuning
+ve
: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
-ve
: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan
mudah menyerah.

Merah
+ve
: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
-ve
: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
+ve
: Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
-ve
: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
+ve
: Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
-ve
: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
+ve
: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
-ve
: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak
+ve
: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
-ve
: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
+ve
: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
-ve
: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
+ve
: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
-ve
: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
+ve
: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
-ve
: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
+ve
: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
-ve
: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
+ve
: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
-ve
: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri. Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Tuesday, January 18, 2011

:: New Beginning, New Life, New Love ::


Assalamualaikum..hello you guys..lame betol aku xupdate blog nh..ermm..sem lepas mmg la bz..dgn kwn baek ak kembali ke sisi-NYA.. al-Fatihah tok sahabat aku Mohd Najib Ramli..

well..Season 3 have been started at J.O (Uitm Jalan Othman)..mcm2 delima yg ak hadapi..nk amek subjek bpe byk sume..last2 aku decide drag thesis ke semester depan..insyaallah semester nh ak pulun wt yg terbaik. bia mak ayah ak yg slama nh berkorban tok ak bangga dan rasa berbaloi dgn ape yg diorg korbankn tok aku..semangat wahai ZUL AMY!!!!!!!!!! hahahaa... aja aja fighting!!!


ok part jiwang kejap..haha..thanks to my dearest sbb slalu disamping ak susah senang. ermm..yeah i really2 love her. i want to take care of her for the rest of my life..try to be at her side whenever she need someone..i want to be her shoulder to her cry on..n this i promise u my dear~~

Monday, November 8, 2010

Perginya Seorang Sahabat


In Memories
:: Allahyarham Mohd Najib Bin Ramli ::
(1986-2010)

3 November 2010 perginya seorang sahabatku yg ku kasihi,
aku terase seperti bermimpi yg die telah pergi,
namun ku kuatkn hati ku utk meredhai,
pergi nya seorang sahabat yg susah senangnye bersama,
kdg2 die memendam rasa..

tapi die sentiasa membuat kn kami tersenyum,
walaupun hati nya sedang berduka,
akan dicubanya membahagiakn hati org len tanpa mengira hatinya sendiri,
seorang yang tabah dan sentiasa nmpk ceria..

walaupon aku cbe meredhai pemergiannya,
ttpi kenangan bersamanya xkn ku lupa,
betul juga org kata,
org itu akan diingati jika telah tiada..

tetapi bagiku dan sahabat2 ku yang lain,
kami berusaha utk memulihkan dia,
ttpi nmpk nya Allah lebih menyayanginya,
dia diuji dgn pelbagai dugaan..

dri badan sebesar tempayan,
sehingga menjadi lidi,
xjemu aku tiupkan kata2 semangat utk die pulih,
sehingga kdg kala hendak memarahinya..

2 NOv 2010,
aku sempat bercakap dgn dia,
bertanyakan khabar dan CGPA nya utk penangguhan pelajarannya,
setelah selesai hatiku lega kerana mungkin die dpt penangguhan itu...

11.15 mlm 3 November 2010,
ketika aku sedang mmbuat kerja yg perlu di edit,
aku mendapat panggilan mengatakan kau telah pergi selamanya sahabat,
aku tergamam, terdiam, termenung..

aku call semua kwn2 kita mengatakan kau telah tiada,
semua seperti tidak dpt menerima kenyataan,
aku pasrah dan mula redha kau telah tiada,
aku segara balik ke kg utk melihat kau buat kali terakhir wahai sahabat ku...

kini kau telah berada dirumah barumu,
kini kami merindui gurauan selumbermu, sakatan nakal mu, hilai tawa mu yg mmbuat kami tergelak,
kini tiada lagi BBQ bersama mu seperti masa2 dulu,
kini tiada lagi bermoto ketika malam hari,
kini tiada lagi jurugambar kami semasa raya,
kini tiada lagi ayat2 jiwang dan penuh madah darimu,
sesungguhnya kami sangat merinduimu wahai sahabat!!!

Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman,
dimasukan ke syurga yang dijanjikan-NYa,
dilepaskan azab kubur,
Amin..Amin..Amin.. Yarrabal Alamin..

:: Bakti terakhirku untukmu sahabatku ::