Friday, March 16, 2012

ADA AKU KESAH??!!!



Assalam..well for those who did not see me in person..THATS ME! so what..i'm jambu (orang kata)..ADA AKU KESAH?! Some will says i'm GAY or PENGKID. whatever la you guys. I know who i'm. Gay or not..MIND YOUR OWN BUSINESS la.. -___-'

Aku bersyukur dianugerahkan dan dipinjamkan nikmat ini. Tak semua orang dianugerahkan nikmat ini. Dan ada hikmah disebaliknya. #pujukhati

Kenapa Lepaskan Carroll Dari Anfield Akan Jadi Kesilapan?



Sudah setahun berlalu sejak Andy Carroll tiba di Anfield dengan rekod perpindahan termahal dunia untuk pemain British. Sejak dari itu juga Carroll telah dipuji dan dikecam berikutan persembahannya dalam jersi Liverpool. Masih belum diputuskan sama ada penyokong mahu terus menyokong atau tidak pemain berjersi nombor 9 ini.

Bagaimanapun, cubalah bersikap yakin dengan Andy Carroll. Berikut adalah sebab kenapa Liverpool dan penyokong mereka dinasihatkan untuk terus memastikan "Big Andy" kekal sebagai pemain the Reds.

------------------------------------
Dia Masih Muda

Sukar untuk dipercayai bahawa Andy Carroll masih baru berusia 23 tahun.

Carroll masih belum menemui prestasi terbaiknya tapi dia masih ada kelebihan besar dari segi masa. Berdasarkan potensi, Carroll masih mampu menjadi sebahagian dari pasukan Liverpool untuk 10 tahun lagi. Ia bermakna dari segi potensi, Andy Carroll ada 10 tahun lagi untuk mencatatkan jumlah jaringan yang akan membayar kembali yuran perpindahannya dan berkemungkinan besar Andy Caroll akan menjadi pemain No. 9 terhebat seterusnya untuk Liverpool.

Masa menyebelahi Andy.

------------------------------------
Rekodnya vs Fernando Torres Di Kelab Masing-Masing

Ia berpunca besar dari perpindahan mengejut Fernando Torres yang telah membuka jalan untuk kemasukkan Carroll di Anfield dan kedua-duanya ada permulaan yang perlahan dalam karier mereka di kelab baru. Tapi apa kata jika anda membandingkan mereka?

Sebelum menghidangkan statistik untuk anda kaji, ini adalah penjelasan bahawa Torres dan Caroll bukan pemain yang serupa atau tiada siapa yang lebih bagus berbanding satu sama lain. Ini hanyalah fakta mengenai pencapaian masing-masing di Liga Perdana Inggeris setakat dalam musim ini:

Gol:
Andy Carroll: 3
Fernando Torres: 2

Kadar penyempurnaan:
Andy Carroll: 6.5%
Fernando Torres: 5.9%

Ketepatan percubaan:
Andy Carroll: 39.1%
Fernando Torres: 35.3%

Minit setiap gol:
Andy Carroll: 448.7
Fernando Torres: 612.5

Peluang yang dicipta:
Andy Carroll: 21
Fernando Torres: 17

Jadi dengan mengambilkira statistik ini, penyerang No. 9 Liverpool sekarang sedang menikmati kehidupan di depan gol yang lebih menggembirakan dari bekas No. 9 Liverpool.

------------------------------------
Dia Bakal Mengubah Keadaan

Permulaan buruk Carroll dalam kariernya dengan the Reds telah didokumentasikan dengan begitu ketara. Frasa "What a waste of money!" telah menjadi sebutan ruji di kalangan pengulas dan pandangan penyokong lawan terhadap penyerang ini. Bagaimanapun dengan kepulangan Luis Suarez dan Steven Gerrard, prestasi Carroll telah banyak meningkat. Malahan, dia telah beberapa kali memperolehi anugerah Pemain Paling Berharga, menunjukkan dia kini di landasan untuk kejayaan.

Dia kini nampak lebih bertenaga, bersemangat dan berbangga bermain untuk Liverpool lewat ini dan beberapa aksi cemerlangnya kini telah diambil perhatian.

------------------------------------
Dia Akan Muat Dengan Sempurna Dalam Sistem 4-2-3-1

Antara salah satu masalah Liverpool ialah asas yang tidak kukuh untuk membina formasi. Formasi yang tampak amat sesuai seharusnya 4-2-3-1.

Barisan pertahanan dengan Reina menjaga gawang gol, terdiri dari Johnson, Skrtel, Agger dan Enrique. Di hadapannya, Lucas Leiva dan Steven Gerrard harus bermain di garisan defensif dengan Gerrard diberikan sedikit kebebasan naik menyerang. Di bahagian sayap, Downing di sebelah kiri dengan Bellamy di sebelah kanan manakala Suarez menyokong Carroll di bahagian serangan.

Ia akan membolehkan Liverpool bermain dengan kekuatan penuh ketika Gerrard dan Suarez dapat bergandingan dan Downing serta Bellamy menghantar bola lintang kepada Big Andy.

------------------------------------
Ia Akan Nampak Menyedihkan Buat Liverpool

"You'll Never Walk Alone."

Ingat lagi ayat ini? Inilah ayat keramat yang menjadi penawar kepada mereka yang berterusan mengkritik Carroll dan Kenny Dalglish baru-baru ini selepas kekalahan.

Liverpool melambangkan penyatupaduan. Menjual Carroll bakal membayangkan bahawa Carroll telah dibiarkan bersendirian dan dijual. Bukan ini imej sebenar Liverpool.

Sebab di atas akan membuatkan Liverpool harus berfikir dua kali tentang perancangan menjual Carroll. Sokong kelab, sokong Dalgish dan sokonglah Carroll.

========================
TAHUKAH ANDA?
Stail permainan Andy

Carroll telah dibandingkan dengan legenda Newcastle, Alan Shearer, penyerang Chelsea, Didier Drogba, dan juga bekas penyerang Newcastle dan Everton, Duncan Ferguson berdasarkan skil bola tingginya.

Dia dirujuk sebagai penyerang tengah klasik No. 9, bergantung penuh kepada kekuatan fizikal, rembatan padu dan keupayaan tandukan yang cemerlang. Bekas pengurus Newcastle United, Kevin Keegan pernah menyatakan "dia berkemungkinan tiga penanduk bola terbaik yang pernah saya saksikan dalam bola sepak".


credit TIRF MEMBERS

Thursday, March 15, 2012

AFTER 6 YEARS!




Legends. SG8 & JC23



CARLING CUP IS THE 1ST STEP GUYS!!

KEEP THE FAITH!

Sejarah LIVERPOOL FC



Menyingkap kisah awal penubuhan kelab kesayangan SG ini, 15 Mac 1892 adalah tarikh kelahiran a.k.a penubuhan Liverpool FC. Ia bermula apabila pemilik Anfield ketika itu... John Houlding telah berjaya menubuhkan pasukan bolasepak sendiri selepas berlaku pertelingkahan dengan Everton F.C yang sebelum ini menyewa padang di Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park.

Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaan dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.

Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

 --------------------------------------------

JOHN HOULDING


John Houlding adalah pemilik sebuah kilang membuat bir dan menjadi kaya setelah perniagaan berjaya, membolehkan beliau hidup selesa. Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Liverpool.

One of the very earliest known images of the newly created Liverpool Football Club, with chairman John Houlding seated in the centre. Taken in in front of the bowls pavilion at the rear of the Sandon Hotel, the team were wearing blue and white quartered shirts. Exact date of the picture is unknown but thought to have been between June and August 1892.

Back row; left to right: John McCartney, Matt McQueen, Andrew Hannah (captain), Billy McOwen, Duncan McLean, Douglas Dick, David Henderson.

Front row; left to right: Patrick Gordon, Malcom, McVean, Joseph McQue, James McBride, Harry Bradshaw, Jim Stott, Hugh McQueen.


Jika kita memahami sejarah penubuhan Liverpool, mungkin kita beranggapan bahawa John Houlding ini adalah insan yang kejam lagi tamak. Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Ini membuatkan pemegang saham Everton naik berang dan menuduh John Houlding hanya mengaut untung dari kejayaan mereka. Akhirnya Everton telah keluar dan membeli padang baru di Goodison Park...YNWA 





Credit to Kyo Reds VII (TIRF)